Connect with us

Oh! Media

Pirlo Dakwa Sepakan Penalti Napoli Sebagai Komplot Untuk Jatuhkan Juventus

1fdc8a6f 3143 4e7e bb0e a6dd4f7b3c16

Trending

Pirlo Dakwa Sepakan Penalti Napoli Sebagai Komplot Untuk Jatuhkan Juventus

Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo dikatakan bengang dengan keputusan pengadil kerana memberikan sepakan penalti yang akhirnya menjadi punca kekalahan, 0-1 buat pasukannya kepada Napoli pada aksi Serie A di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Pasukan Napoli dihadiahkan sepakan penalti selepas tangan pertahanan tengah Juventus, Giorgio Chiellini didakwa terkena muka Amir Rrahmani ketika situasi perebutan bola dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-31.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kapten Napoli, Lorenzo Insigne sekali gus kekal sebagai gol tunggal sehingga tamat permainan meskipun Juventus mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut.

IKLAN

Kami tidak membenarkan Napoli melakukan percubaan tepat tetapi kami kalah disebabkan satu insiden yang sangat meragukan.

Saya berpuas hati dengan prestasi semua pemain tetapi saya langsung tidak kecewa ­dengan kekalahan ini. Keputusan ini (hadiahkan sepakan penalti) seperti satu niat untuk menjatuhkan Juventus.

Jika Napoli diberikan sepakan penalti, kami juga perlu mendapat perkara sama kerana mereka banyak melakukan sentuhan ke atas pemain-pemain saya dalam kawasan kotak pe­nalti. – Kata Pirlo.

A40c26f2 2ba6 4bcb 922b f579f34ac546

Bukan itu sahaja, Pirlo juga kecewa kerana kegagalan pengadil mengesan kekasaran pemain pertahanan Napoli, Giovanni Di Lorenzo yang sepatutnya boleh dilayangkan kad kuning kedua dan perlu diarahkan keluar padang dalam aksi tersebut.

Kekalahan itu menyaksikan Juventus kekal di tangga ketiga dengan 42 mata, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, AC Milan yang mengalami kekalahan mengejut 0-2 kepada Spezia dalam satu lagi aksi Serie A awal pagi semalam. 

Kredit: Kosmo

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas