Connect with us

Oh! Media

Pesawat Terhempas Ketika Mahu Berlepas, Tiada Individu Dilaporkan Selamat

Trending

Pesawat Terhempas Ketika Mahu Berlepas, Tiada Individu Dilaporkan Selamat

Dua minggu lepas, kita digemparkan dengan berita nahas pesawat di Indonesia, Sriwijaya Air yang dipercayai jatuh terhempas di perairan Kepulauan Seribu. Semalam, berlaku lagi satu tragedi yang juga melibatkan pesawat terhempas.

ADVERTISEMENT

Sebuah pesawat ringan yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas dilaporkan terhempas di hujung landasan di Tocantins. Menurut jurucakap kelab berkenaan, pesawat itu tiba-tiba sahaja terhempas ketika mahu berlepas di landasan Persatuan Penerbangan Tocantinense.

Dikhabarkan semua pemain dalam perjalanan untuk bermain menentang Vila Nova di Goiania, bagi merebut kejuaraan piala Copa Verde. Presiden kelab, Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang yang hanya dikenali sebagai Wagner dipercayai terbunuh dalam kejadian tersebut.

“Kami sedih untuk memberitahu bahawa tiada yang selamat dalam kemalangan berkenaan.” – kata jurucakap kelab berkenaan.

Bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Kredit: Berita Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas