Connect with us

Oh! Media

Pesakit Lumpuh ‘Berkatil’ Ke Bank Untuk Tukar Kad, Staf Bank Kata Tak Ada Cara Lain

Mak Lumpuh

Trending

Pesakit Lumpuh ‘Berkatil’ Ke Bank Untuk Tukar Kad, Staf Bank Kata Tak Ada Cara Lain

Di TikTok, seorang wanita memuat naik momen menyedihkan apabila ibunya yang lumpuh seluruh badan didakwa perlu hadir ke bank demi untuk menukar kad yang akan tamat tempoh.

Dalam perkongsian itu, pengguna TikTok Nur Hatini mendakwa, sebelum itu dia sudah menghubungi bank untuk bertanya mengenai prosedur bagi pesakit lumpuh.

Lumpuh2

Namun jawapan yang diterimanya amat mengecewakan.

IKLAN

Mak: Dikni kad bank mak dah nak tarikh luput.

Me: Okay sat nak call bank tanya macam mana kalau untuk orang lumpuh seluruh badan nak renew kad bank.

Bank: Cik kena bawak jugak mak mai dengan bank.

Me: Selain pi bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ni?

Bank: Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawak mak mai bank dan tolak makcik masuk ke dalam bank jugak.

Jelas wanita ini lagi, dia terpaksa menggunakan khidmat ambulans St John sebab tak mampu bawa ibu menggunakan kereta disebabkan keadaan ibunya yang tak boleh duduk.

@hatinimahamud #PublicbankGurun#pesakitlumpuhseluruhbadan#takadapertimbangrasa#pihakbanksombong#fypシ゚viral #viraltiktok #viralkedah ♬ Do’aku – Haddad Alwi

Tambahnya, dia perlu mengeluarkan kos sendiri menyewa khidmat ambulans demi menukar kad di bank. Dia berasa sungguh kecewa dengan tindakan pihak bank yang seolah-olah tidak bertimbang rasa.

Menjelaskan dengan lanjut, ibunya adalah penerima pencen dan duit itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain bagi pesakit bedridden.

Kita tunggu penjelasan penuh daripada bank berkenaan dakwaan ini.

Kredit: TikTok Nur Hatini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas