Connect with us

Oh! Media

Perubahan Iklim, Kekacauan Atmosfera Punca Berlaku Banjir Besar Di Pantai Timur?

kekacauan atmosfera

Trending

Perubahan Iklim, Kekacauan Atmosfera Punca Berlaku Banjir Besar Di Pantai Timur?

Jarang sekali berlaku banjir di pantai timur pada bulan Februari kan? Namun, banjir besar yang berlaku pada hujung musim tengkujuh ini yang menjejaskan lebih 22,000 penduduk di Terengganu dan Kelantan berpunca daripada kekacauan atmosfera yang disebabkan oleh lekukan Borneo Vortex dan ayunan Madden-Julian Oscillation (MJO).

ADVERTISEMENT

BACA: “Hebat Tuan Rumah!” – Netizen Puji Tindakan Penduduk ‘Pagar’ Rumah, Elak Air Banjir Masuk

Menerusi laporan Kosmo, Dr. Chung Jing Xiang yang merupakan Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengatakan, lekukan Borneo Vortex yang bawa angin tekanan rendah selalunya hanya berlegar di sekitar Sabah dan Sarawak pada hujung bulan Februari.

Tekanan angin rendah cetus taburan hujan lebat di pantai timur

kekacauan atmosfera
Jing Xiang

Jing Xiang berkata, lekukan tropika itu didapati telah melepasi Lautan China Selatan dan menghampiri perairan Terengganu dan Pahang pada 25 Februari lalu sebelum mendarat di selatan negeri Kemaman pada keesokan hari.

Tekanan angin rendah itu telah mencetuskan taburan hujan yang sangat lebat di Pantai Timur sehingga menyebabkan paras sungai utama mencapai paras bahaya sekali gus lalu terjadinya banjir besar di sesete­ngah tempat di kedua-dua negeri itu.

Tidak mustahil untuk lekukan Borneo Vortex bergerak menghampiri negeri-negeri di Pantai Timur menerusi laut China Selatan walaupun secara normal, ia berada di kepulauan Borneo.

Fenomena ayunan Madden-Julian Oscillation

Bukan sahaja lekukan Borneo Vortex menjadi asbab taburan hujan lebat, tetapi fenomena ayunan Madden-Julian Oscillation (MJO) fasa tiga dan empat yang terjadi dalam masa yang sama juga merupakan pemangkin taburan hujan yan tinggi di Terengganu dan Kelantan pada akhir bulan Februari.

MJO mewujudkan pusat perolakan atmosfera berskala besar di kawasan Pantai Timur sekali gus mencetuskan hujan lebih tinggi daripada kebiasaan.

Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perubahan iklim global turut menyebabkan banjir hujung monsun Timur Laut yang jarang berlaku ini.

Perubahan iklim yang berlaku di dunia sekarang ini juga merupakan punca utama berlaku cuaca ekstrem yang berlaku di Pantai Timur pada waktu ini.

Semoga dunia semakin pulih dan cuaca di setiap negeri akan semakin baik. Semoga tidak ada perkara yang buruk terjadi di Malaysia.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas