Connect with us

Oh! Media

Marinah&Norisham Bertemu di tanah perkuburan

Trending

Pertemuan Yang Unik, Cinta Berputik Di Tanah Perkuburan

Bercerita tentang rezeki, jodoh dan ajal ini umum tahu merupakan perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana setiap yang ditakdirkan adalah rahsia-Nya. Namun, siapa sangka, ditempat yang paling sinonim dengan kesedihan iaitu tanah perkuburan, menjadi titik pertemuan pasangan ini yang akhirnya dapat mendirikan ‘masjid’.

Manis dan misteri perancangan tuhan itu, menjadikan pasangan ini berputik cintanya di kalbu masing-masing apabila mereka menziarahi pasangan mereka yang baru sahaja meninggal dunia pada tahun lalu.

IKLAN

BACA:(Gambar) Keadaan Pusara Arwah TGNA Selepas Seminggu Meninggal Dunia

Bertemu ketika menziarahi pasangan di tanah perkuburan…

Cara pasangan ini berjumpa jodoh sangat unik apabila cinta mereka berputik ketika menziarahi pusara pasangan masing-masing di Tanah Perkuburan Senawang, Negeri Sembilan.

Tanah Perkuburan

Kebetulan suami baharu saya (Norhisham) juga baru kehilangan isteri dan dia juga kerap menziarahi kubur isterinya. Apabila kerap berjumpa di tanah perkuburan, beberapa waris mewujudkan kumpulan WhatsApp. – Kata Isteri

Menerusi kumpulan WhatsApp itu, Marinah Mohd Berseri mula berkenalan dengan waris lain termasuk suami barunya itu, Norisham Mohd Nor dan sering terlibat dengan tahlil, majlis gotong-royong selain kerap menziarahi arwah suami di tanah perkuburan tersebut.

Akui suami baru banyak persamaan dengan arwah suami…

Marinah yang kehilangan suaminya akibat kanser pankreas akui Norisham ada banyak persamaan dengan arwah suami dan disebabkan itu dia jatuh cinta kepada lelaki itu.

Selepas enam bulan kenal, Norhisham menyatakan hasratnya dan kami melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu. – Katanya

Mengulas berkenaan pertanyaan rakan-rakannya menyoal tentang tempoh pencarian suami yang sangat cepat, Marinah dedah pernah murung selama sebulan dan dengan kehadiran Norisham sedikit sebanyak mengubati kehilangan arwah suaminya.

#OhmediaNasihat

Rezeki, ajal, dan jodoh itu rahsia Allah. Jangan terlalu risau tentang sesuatu yang sudah ditetapkan kerana semuanya akan datang tepat pada waktunya. Usaha, doa dan tawakal adalah kuncinya. Rezeki perlu dicari, ajal perlu diinsafi, dan jodoh perlu dinanti dengan sabar.

Marinah&Norisham Bertemu di tanah perkuburan

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas