Connect with us

Oh! Media

Pertama Kali Mengundi? Ini 10 Langkah Pengundian Yang Boleh Diikuti

Spr   Oh Media

Oh! Negara

Pertama Kali Mengundi? Ini 10 Langkah Pengundian Yang Boleh Diikuti

Hari ini masih panas dengan demam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang tak lama lagi. Namun, bila sebut pasal PRU mesti ada yang di luar sana yang pernah mengundi tapi mesti ada juga yang belum pernah mengundi, betul tak? Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan infomasi kepada pembaca Oh! Media mengenai cara-cara untuk mengundi sempena pilihan raya akan datang.

1. Masuk apabila diberi arahan

Image 102

Pastikan anda masuk ke dalam bilik mengundi setelah dibenarkan oleh anggota polis yang sedang bertugas mengawal selia pintu masuk. Jangan berebut-rebut, seorang demi seorang je yang masuk ke dalam bilik itu nanti.

2. Beri Kad Pengenalan dan Slip Semakan

Image 113

Kepada yang nak mengundi, jangan pula tertinggal kad pengenalan di rumah. Pengundi perlu menyerahkan Mykad/ Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan kepada kerani pengundian pertama. Pastikan pengundi juga menunjuk kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

IKLAN

3. Pengesahan oleh kerani

Image 112

Kerani pengundian pertama akan memberi MyKad/Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda adalah betul ketika disebut oleh kerani pengundian pertama.

4. Celup jari telunjuk

Image 103

Kemudian, pengundi dibenarkan untuk ke kerani pengundian kedua bagi mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya. Pastikan jari yang dicelup adalah jari telunjuk sebelah tangan kiri.

5. Terima kertas undi

Image 116

Setelah mencelup jari, pengundi diberi kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

6. Tinggalkan telefon bimbit

Image 114

Pengundi kemudian dibenarkan untuk bergerak ke meja ketua tempat mengundi untuk meninggalkan telefon bimbit.

7. Buat undian

Image 105

Pengundi perlu ke petak undi dan menandakan tanda ‘X’ sahaja pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon yang telah disediakan dengan menggunakan pen. Pastikan pilih satu calon sahaja.

8. Masuk kertas undi dalam peti

Image 108

Setelah membuat undian, pastikan anda memasukkan kertas undian tersebut dalam peti undi yang betul.

9. Ambil telefon bimbit

Image 115

Pengundi kemudian dibenarkan untuk mengambil semula telefon bimbit yang ditinggalkan di meja ketua tempat mengundi.

10. Tinggalkan tempat mengundi

Image 110

Setelah selesai, pengundi perlu meninggalkan tempat mengundi tersebut dengan kadar segera.

Mudah sebenarnya cara nak mengundi ini, tapi pemilihan calon yang terbaik bagi kawasan bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan jangan lupa laksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas