Connect with us

Oh! Media

(Video) Netizen Terhibur Lihat Gelagat Sharifah Shahirah & Anak Menyanyi Di Pentas

9341519d c9b3 40e0 9373 636e2af39490

Trending

(Video) Netizen Terhibur Lihat Gelagat Sharifah Shahirah & Anak Menyanyi Di Pentas

Korang pernah dengar tak tentang program terbaru yang ditayangkan di TV3 berjudul Family Duo? Walaupun program Family Duo ni baru saja dua minggu ditayangkan tapi setakat sekarang persembahan yang telah diberikan oleh kesemua peserta memang gempak habis!

Yang menariknya program ni turut menggandingkan seramai empat puluh pasangan yang terdiri daripada barisan selebriti popular bersama ahli keluarga mereka. Pergh, memang lain daripada yang lain.

Setiap minggu, para peserta yang terdiri daripada artis Tanah Air akan berduet dengan salah seorang daripada ahli keluarga masing-masing untuk merebut gelaran juara mingguan.

IKLAN
1ffc24fe 75da 481c a43e cac80ffe3050

Antara pasangan yang telah menarik perhatian penonton untuk episode yang ditayangkan pada malam semalam adalah pasangan anak beranak pelakon terkenal iaitu Sharifah Shahirah dan anak sulungnya, Allisya Tahir.

Ketika persembahan di pentas, mereka dikatakan telah menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella dengan begitu melucukan.

Para penonton dan juga juri juga dilihat tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat Sharifah Shahirah yang bergaya seperti Ella di pentas. Disebabkan oleh persembahan yang lucu itu, video persembahan pasangan itu juga turut tular di media sosial.

https://twitter.com/azliladzif/status/1364448599875092483?s=21

Rata-rata netizen juga turut bersetuju jika duet nyanyian pelawak wanita itu dan anaknya adalah antara persembahan yang terbaik untuk episod semalam.

Selain menghiburkan, persembahan dan gelagat dua beranak ini juga turut membuatkan netizen berasa geli hati.

C083fefa d936 4f56 a7ab db7e2131852d
35878d9b c294 4f69 95c9 6f8987735388
0018ad40 0e80 4e47 8099 f5aa0397df63
854ae66e ca73 41e1 8c98 2133905d0aff
B525ab7e c85b 4260 824a 640cde1ab70b

Kredit: AzlilAdzif

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas