Connect with us

Oh! Media

“Badan Kucing Macam Sengaja Ditahan, Sampai Leher Tersepit”, Persatuan Haiwan Buru Individu Dera Kucing

Trending

“Badan Kucing Macam Sengaja Ditahan, Sampai Leher Tersepit”, Persatuan Haiwan Buru Individu Dera Kucing

Entah apalah yang dah merasuk sesetengah manusia zaman sekarang ni, haiwan comel macam kucing pun sampai ada yang sanggup dera sampai mati.

ADVERTISEMENT

Pagi tadi di Taman Tampoi Utama, Tampoi, seekor kucing telah ditemui mati dikatakan tersepit dalam keadaan menyayat hati yang dipercayai disebabkan oleh perbuatan khianat di sebuah bank.

Kucing itu dipercayai mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ bank dan kematian kucing itu macam sengaja dilakukan seolah-olah ada yang menahan kucing itu semasa ‘roller shutter’ sedang turun secara perlahan untuk menutup pintu ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Kucing tak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi ‘roller shutter’ kuat sewaktu turun akan buat kucing terkejut dan lari

Badan kucing itu macam sengaja ditahan sampai leher kucing tersepit. – Tulis Persatuan Haiwan Malaysia melalui status yang dimuatnaik dalam akaun Facebook rasmi mereka hari ini. –

Selain mengharapkan CCTV untuk menangkap si pelaku, persatuan juga mohon kepada sesiapa yang ada maklumat tentang kejadian bolehlah menghubungi mereka di talian 011-20901097.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas