Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Terkenal Kantoi Curi Kad Bank Dua Artis Termasuk Zarina Anjoulie

Trending

Penyanyi Terkenal Kantoi Curi Kad Bank Dua Artis Termasuk Zarina Anjoulie

Pelakon dan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie mencuri perhatian ramai apabila mendakwa penyanyi rap Saixse, atau nama sebenarnya Saiful Gabbir telah mencuri kad bank miliknya. Biar betul?

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zarina secara terbuka menggesa penyanyi lagu Malam Pagi itu untuk mengembalikan kad banknya dan menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri dalam isu ini.

IKLAN
Sumber gambar: Oh Bulan

Saixse aka Saiful Gabbir, aku dan polis akan cari kau sampai dapat. Si pencuri kad bank aku. Aku minta kau cara baik, di bulan mulia ni tak elok nak gaduh tapi kau menyusahkan aku. Aku akan menyusahkan hidup kau balik.

Zarina Anjoulie tawar ganjaran untuk maklumat

Zarina juga mendakwa sudah cuba berbincang dengan baik, namun Saixse dikatakan tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Lebih mengejutkan, dia turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penyanyi rap itu.

Sesiapa ada info lagi pasal rapper yang kaki isap barang ni, tolong beri info dekat aku. Aku akan bagi reward. This is the rapper yang buat lagu malam masih muda.

SonaOne juga pernah jadi mangsa dicuri kad bank

Dalam pendedahannya, Zarina turut mendakwa bukan hanya dia menjadi mangsa, malah penyanyi rap terkenal SonaOne juga mengalami perkara sama.

Lepas dah buat hal dengan aku, dia buat hal dengan SonaOne pula. Aku dan SonaOne mangsa dia.

Buat masa ini, Saixse masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai tuduhan tersebut. Difahamkan, Zarina juga telah memadam hantaran tersebut beberapa minit selepas memuat naiknya.

#ApaKataOhmedia

Dalam era media sosial, sebarang dakwaan perlu disertakan bukti yang kukuh sebelum dihebahkan kepada umum. Kes seperti ini sebaiknya diselesaikan melalui saluran yang betul, seperti laporan polis, bagi mengelakkan fitnah dan salah faham yang lebih besar.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram | Oh Bulan


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas