Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Rap Malaysia Ditahan Di Laos, Cuba Seludup 103 Bungkus Ganja Ke Jerman

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Oh! Artis

Penyanyi Rap Malaysia Ditahan Di Laos, Cuba Seludup 103 Bungkus Ganja Ke Jerman

Penyanyi rap Malaysia ditahan di Laos bersama 103 bungkusan ganja seberat 86kg. Cubaan ke Jerman gagal

Tindakan berani mati seorang penyanyi rap terkenal tanah air yang dipercayai cuba menyeludup ganja ke luar negara akhirnya makan diri apabila ditahan bersama dua rakannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos.

Menurut laporan media tempatan, mereka diberkas dalam satu operasi khas melibatkan pihak kastam, penguat kuasa lapangan terbang dan beberapa agensi berkaitan pada 27 Mei lalu.

Penyanyi rap Malaysia sorok 86 kilogram Ganja dalam enam beg bagasi…

Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap enam bagasi milik suspek menemui sebanyak 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dengan teliti. Jumlah berat dadah yang dirampas dianggarkan kira-kira 86 kilogram.

IKLAN

Difahamkan, penyanyi rap itu yang juga merupakan ahli sebuah kumpulan muzik tempatan sedang bersiap sedia menaiki penerbangan Thai Airways ke Jerman, destinasi yang dipercayai menjadi lokasi akhir penghantaran ganja tersebut.

Buat masa ini, ketiga-tiga suspek masih dalam tahanan pihak berkuasa Laos dan dijangka berdepan dakwaan mengikut prosedur undang-undang negara itu.

Antara rampasan terbesar di lapangan terbang Wattay…

Rampasan besar-besaran ini dikatakan menyusuli beberapa kes penyeludupan dadah lain yang turut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay sejak kebelakangan ini, sekaligus mendedahkan jaringan penyeludupan antarabangsa yang dipercayai mula menjadikan Laos sebagai transit.

Setakat ini, identiti penuh penyanyi rap terbabit masih belum didedahkan kepada umum oleh pihak berkuasa Laos.

Pssttt! Kejadian ini jelas menunjukkan betapa bahayanya terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah, lebih-lebih lagi di negara yang memiliki undang-undang tegas seperti Laos. Walau sebesar mana sekalipun ganjaran yang dijanjikan, ia tetap tidak setimpal dengan risiko yang bakal dihadapi, termasuk hukuman mati. Fikir dulu sebelum buat!

Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas