Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Dikompaun RM 5,000, Tanggal Gelang Pink Untuk Pergi Surau Dan Kebun

Trending

Penjawat Awam Dikompaun RM 5,000, Tanggal Gelang Pink Untuk Pergi Surau Dan Kebun

Sikap mementingkan diri sendiri pada ketika ini mesti ditolak ke tepi demi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas di Malaysia. Individu yang seharusnya menjalankan sesi kuarantin Covid-19 perlu mematuhi arahan tersebut supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun, sikap degil seorang lelaki penjawat awam yang menanggalkan gelang pink dipakainya mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun RM 5,000 di Kampung Perlak, Padang Tengku Lipis, semalam, lapor Kosmo Online.

Pengantin Malu Lauk Dan Goodies Tak Cukup Rupa rupanya Saudara Memandai Jemput Jiran
Gambar Hiasan

Menurut Supritendan Azli Mohd Noor selaku Ketua Polis Lipis berkata, individu berusia 47 tahun itu didapati melanggar arahan kuarantin dengan keluar daripada rumah untuk pergi ke kebun dan surau.

IKLAN

Hasil pemeriksaan di rumah individu berkenaan, lelaki tersebut sepatutnya berada di dalam rumah telah keluar dan pergi ke kebun serta surau yang menyebabkan polis mengeluarkan kompaun RM 5,000 kepadanya

Sumber Kosmo Online

Sepatutnya dalam tempoh kuarantin ini dia mesti berada di rumah dan sentiasa pakai gelang merah jambu seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia – Ketua Polis Lipis

Pun begitu, terdapat juga beberapa individu lain turut dikenakan kompaun RM 1,500 kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai gunting di Jalan Lipis-Benta.

Tambahnya, pihak polis akan terus buat membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis serta kediaman dan tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun kepada individu yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas