Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 hari ini mengumumkan kerajaan Kelantan bersetuju memberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 seorang kepada penjawat awam di negeri itu.
Manakala, kumpulan lantikan politik merangkumi penghulu, kakitangan halaqat serta penyelaras DUN menerima RM500 seorang.
Bantuan khas sebanyak RM250 turut diberikan kepada guru al-Quran dan Fardu Ain. Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan tarikh bantuan khas akan disalurkan.
Memetik laporan Utusan, pengumumkan mengenai pemberian bantuan khas ini dibuat Datuk Ahmad Yakob ketika mengakhiri pembentangan Belanjawan Kelantan 2022.
Dalam perbentangan itu juga, beliau berkata, Belanjawan Kelantan 2022 memperuntukkan RM1.51 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemah dengan anggaran hasil negeri pada tahun depan sebanyak RM991.74 juta.