Connect with us

Oh! Media

Penjaja Belon Di Jalan TAR Bertindak Agresif Bila Disuruh Beredar, Ini Penjelasan DBKL

Ohmedia dbkl 2

Trending

Penjaja Belon Di Jalan TAR Bertindak Agresif Bila Disuruh Beredar, Ini Penjelasan DBKL

DBKL tampil beri penjelasan selepas tular satu insiden di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur pada 28 Mac 2025 (Jumaat).

Kejadian itu membabitkan tindakan penguatkuasaan terhadap seorang penjaja belon tanpa lesen yang dikatakan enggan akur arahan pihak berkuasa.

Kenyataan dan penjelasan daripada DBKL

Kecohdbkl293 1743210733

Menurut kenyataan media rasmi, kejadian berlaku sekitar jam 11.50 malam ketika anggota penguat kuasa DBKL melakukan rondaan berkala.

IKLAN

Anggota mendapati ada penjaja tanpa lesen berniaga di laluan pejalan kaki, sekali gus menghalang pergerakan ramai pengunjung yang hadir untuk membeli-belah sempena persiapan Aidilfitri.

Diberi teguran sebanyak dua kali, tapi tetap berdegil

DBKL turut maklumkan bahawa mereka sentiasa mengamalkan pendekatan memberi teguran dahulu sebelum ambil tindakan tegas.

Beberapa penjaja lain dilaporkan memberi kerjasama dan beredar. Namun, seorang penjaja belon dikatakan enggan patuh dan terus berniaga walaupun dah ditegur dua kali.

Photo 6287356960978355116 y

Dakwa DBKL, ketika teguran ketiga dibuat penjaja itu bertindak agresif dan bertindak tolak penguat kuasa DBKL hingga berlaku sentuhan fizikal.

Keadaan jadi makin tegang bila beberapa penjaja lain cuba masuk campur. Untuk elak kekecohan lebih besar, anggota penguat kuasa DBKL yang berpakaian preman bertindak pantas menenangkan keadaan dan memisahkan penjaja tersebut daripada terus mengasari anggota penguat kuasa.

Photo 6287356960978355117 y

Bagaimanapun, DBKL maklumkan keadaan berjaya dikawal dengan cepat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Dalam kenyataan itu, DBKL akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berniaga tanpa lesen dan mengganggu ketenteraman awam, terutamanya di lokasi tumpuan ramai seperti Jalan TAR, lebih-lebih lagi menjelang Syawal.

Dalam masa yang sama, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan semua anggota penguat kuasa terlibat dan satu laporan polis juga telah dibuat.

Jika perlu, DBKL juga akan menyemak prosedur (SOP) dan melakukan penambahbaikan untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang di masa hadapan.

DBKL turut menyatakan penguatkuasaan ini dibuat berdasarkan peraturan dan tidak mempunyai sebarang motif perkauman.

Ohmedia dbkl 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: DBKL | Warga Wilayah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas