Trending

Peniaga Teruk Kena Hentam Lepas ‘Ketuk’ Mat Salleh RM10 Untuk Burger Biasa

Published on

Seorang peniaga burger di Bukit Bintang teruk dikecam didakwa mengambil kesempatan ke atas seorang pelancong Mat Salleh.

Menerusi video yang dimuat naik, pelancong itu dikenakan caj sehingga RM10 untuk burger daging biasa tanpa keju dan telur yang dipesannya.

Netizen berkata, untuk nilai RM10 pelancong berkenaan sepatutnya mendapat burger special bukannya burger biasa dengan sos melimpah.

Kata mereka lagi, ianya tidak adil kepada pelancong yang teruja untuk mencuba burger yang dijual di Malaysia.

Netizen menggesa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memeriksa harga makanan yang dijual di sekitar pusat bandar itu.

Terdahulu, tular di media sosial penduduk tempatan di Langkawi Kedah dikenakan caj RM20 untuk hidangan ayam goreng kunyit yang ‘ciput’.

BACA: Viral Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Pantai Chenang, Pemilik Kedai Tampil Pertahankan Diri

Kredit: Facebook Traveling Solo Bags

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version