Connect with us

Oh! Media

Peniaga Bazar Ramadan Terpaksa Menaikkan Harga Makanan

Bazar ttdi ohmedia

Trending

Peniaga Bazar Ramadan Terpaksa Menaikkan Harga Makanan

Peniaga di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) meminta maaf kerana terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan kos bahan mentah yang meningkat.

Menurut laporan daripada Berita Harian, peniaga terpaksa menaikkan harga makanan sehingga RM1 dan RM2. Salah seorang peniaga murtabak di sana juga telah menaikkan harga daripada RM5 ke RM7.

Harga bawang hari ini meningkat sehingga RM7 sekilogram (kg). Selalunya kita gunakan bawang India tetapi hari ini bawang tersebut sudah tiada lagi di pasaran.

Murtabak menggunakan bawang yang banyak. Dulu kami menghadapi masalah kekurangan telur. Inilah antara masalah yang dihadapi peniaga hari ini.

Disebalik harga makanan yang meningkat naik, seorang pembeli menyuarkan pendapat dengan menganggap harga yang ditawarkan masih berpatutan.

IKLAN

Semua barang naik harga sekarang, saya faham peniaga terpaksa menaikkan harga. Pada saya, sekiranya kita membeli juadah di luar kita tetap akan membayar jadi terpulang kepada individu bagaimana untuk terima kenaikan harga ini.

Kesimpulannya, peniaga bukan sengaja menaikkan harga tanpa sebab. Sebagai pelanggan korang perlu decide untuk membeli atau berjimat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas