Connect with us

Oh! Media

Pengurus Besar Gantung Tugas Penyampai Radio Hitz Sarawak

ohmedia hitz

Trending

Pengurus Besar Gantung Tugas Penyampai Radio Hitz Sarawak

Negara kita Malaysia sememangnya amat menitik beratkan penguasaan bahaya Inggeris yang merupakan bahasa kedua yang perlu dipelajari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tapi, mengetawakan seseorang yang mungkin ada kesalahan bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang baik.

Kelakuan ini dilakukan oleh seorang penyampai radio Hitz Sarawak yang mengetawakan seorang guru Bahasa Inggeris dalam sebuah saluran TV pendidikan dan dinaikkan dalam akaun TikTok miliknya.

Perbuatan memperlekehkan guru itu teruk dikecam netizen yang dilihat tidak baik. Akibat dari itu, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin telah membuat keputusan pantas.

IKLAN

HITZ berkomitmen untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan tulus meminta maaf atas isu viral salah seorang penyampai radio kami terhadap sebuah video baru-baru ini. Kami memandang serius perkara ini, dan akan melancarkan siasatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai tersebut akan digantung tugasnya. – Katanya.

Diharapkan apa yang terjadi ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Elak jadikan sosial media sebagai tempat menunjukkan perangai kurang bijak kita kerana ia boleh beri kesan buruk kepada hidup kita.

ohmedia hitz2

Kredit: Hitz Sarawak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas