Connect with us

Oh! Media

Pengurus 7 Eleven Kongsi Cerita Sebenar, Mohon Henti Kecam Ibu Kanak-Kanak Viral

Trending

Pengurus 7 Eleven Kongsi Cerita Sebenar, Mohon Henti Kecam Ibu Kanak-Kanak Viral

Hari ini kecoh diperkatakan mengenai video viral memaparkan seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak dituduh mencuri.

ADVERTISEMENT

Wanita itu walau bagaimanapun mengakui berlaku kesilapan dan telah memohon maaf dengan staf terlibat.

BACA: Kedai Serbaneka Akhirnya Sahkan Tiada Barang Hilang, ‘Kaklong Amuk’ Mohon Maaf Kerana Tak Dapat Terima Anak Dituduh

Terbaru, wakil daripada 7-Eleven Malaysia tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, lelaki itu berkata anak kepada wanita itu telah datang ke kedainya bersama tiga orang rakan. Tiba-tiba rakannya memberitahu pekerja kedai bahawa kanak-kanak itu telah mencuri.

Untuk mendapatkan kepastian, pekerja kedai bertanya kanak-kanak itu ‘betul ke adik mencuri?”

Cerita sebenar

@7elevenmalaysia_official Reply to @_peppermintmocha ♬ original sound – 7-Eleven Malaysia

Dipercayai berasa takut, kanak-kanak itu menangis dan berlari keluar.

Bagaimanapun, setelah membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati adik tersebut tidak mencuri dan tiada barang hilang.

Pekerja kedai dan ibu adik itu telah pun bermaaf-maafan dan pihaknya merayu orang ramai berhenti melemparkan kecaman.

Kredit: TikTok @7elevenmalaysia_official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas