Connect with us

Oh! Media

Pengunjung Ke Janda Baik Tinggal Sampah Depan Surau, Sampai Melimpah!

janda baik

Trending

Pengunjung Ke Janda Baik Tinggal Sampah Depan Surau, Sampai Melimpah!

Selepas berbulan-bulan berkurung di rumah, orang ramai yang sudah menerima suntikan vaksin mula melakukan pelbagai aktiviti sosial. Majoriti memilih air terjun, pantai dan sungai untuk berkelah bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Sungai Pisang Dipenuhi Sampah, Kesal Lihat Tangan-Tangan Manusia Rosakkan Bumi

Dalam keseronokan itu, rupa-rupanya masih ramai yang mengambil ringan mengenai kebersihan di tempat awam. Seperti perkongsian saudara Umar Akbar di laman Family Camping Malaysia ini, tong sampah di hadapan surau Kampung Janda Baik dilimpahi sampah sarap daripada pengunjung.

Lebih menyedihkan apabila ianya sudah melimpah ke luar tong. Perkara ini sudah tentu menjejaskan kawasan surau yang menjadi tempat beribadah bagi umat Islam.

27 September 2021

Dikongsi oleh group penduduk Kg Janda Baik.

Sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang tidak begitu menyeronokkan apabila ramai pengunjung datang ke Janda Baik.

Surau kami di Cemperuh menerima ramai orang datang menunaikan solat.

Meluahkan rasa kesal dan sedih, saudara Umar Akbar mengingatkan para pengunjung yang datang bercuti ke Janda Baik supaya sama-sama menjaga kebersihan.

Mereka juga menumpang bilik air dan lain-lain. Alhamdulillah, kami dapat turut memberi khidmat kepada mereka.

Dan ada beberapa orang yang meninggalkan “imannya” separuh dalam tong sampah dan sekitar tiang elektrik di depan surau kami.

Aduhai, seronok-seronok juga. Tetapi janganlah pula mementingkan diri sendiri. Apa pendapat anda?

Kredit: Umar Akbar via Family Camping Malaysia | Janda Baik Resort, Homestay & Food

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas