Connect with us

Oh! Media

Pengawal Keselamatan Jaga Van Bawa Duit Maut Angkara Perompak

Trending

Pengawal Keselamatan Jaga Van Bawa Duit Maut Angkara Perompak

Terdapat satu kejadian berlaku petang semalam dimana seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak ketika mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.

ADVERTISEMENT

BACA : Anggota Polis Lepaskan Tembakan Terhadap Pelanggan Dalam Pub Ditahan

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku sebuah bank di Puchong Prima dan terdapat seorang lagi pengawal keselamatan yang cedera akibat tembakan. 

Walaubagaimanapun, seorang lelaki yang disyaki merompak dan menembak kedua-dua pengawal keselamatan itu berjaya ditahan polis selepas kira-kira sejam dari kejadian berlaku. 

Suspek telah berjaya merampas satu karung wang daripada pengawal keselamatan sebelum melarikan diri dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Kita turut menemui wang bersama suspek, namun belum dapat dipastikan lagi jumlahnya.

Selain itu, siasatan awal terhadap suspek turut membawa polis ke satu lokasi dan ditemukan senjata api yang disyaki digunakan untuk menembak mangsa.

Semoga lelaki berkenaan dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya sehingga menyebabkan pengawal keselamatan maut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas