Dilaporkan penduduk Kampung Pasir Era di Kuala Krai mengambil langkah persediaan bagi menghadapi gelombang kedua banjir dengan membina lebih 10 khemah di atas bukit.
Dikatakan Khemah ini mampu menampung kira-kira 500 penduduk dari Kampung Pasir Era, Kampung Kuala Nal, Kampung Kelubi, dan Kampung Kuala Hau.
Menurut Penghulu Mukim Kuala Nal, Abd Samad Che Yajid, khemah tersebut dibina sewaktu gelombang banjir pertama dan akan dikekalkan sehingga musim tengkujuh berakhir.
IKLAN
Alhamdulillah, ketika banjir gelombang pertama, kami tidak perlu memanjat bukit ini tetapi terkepung selepas banyak kawasan ditenggelami air.
Persediaan daripada pengalaman banjir 2014
Gambar Hiasan Banjir Kelantan
Untuk pengetahuan korang, khemah ini dibina berdasarkan pengalaman banjir besar pada 2014, di mana penduduk terpaksa memanjat bukit tanpa persiapan.
Pembinaan khemah ini juga dilakukan secara bergotong-royong dalam masa dua hari menggunakan kayu, papan lapis, dan kanvas. Tambahnya beberapa khemah dilengkapi ruang memasak untuk keselesaan penduduk.
Kita tidak mengehadkan keluasannya kerana ada penduduk yang mempunyai ramai ahli keluarga untuk keselesaan mereka berlindung.
Minta kerajaan naik taraf kemudahan
Selain itu, beliau turut mencadangkan penubuhan pusat pemindahan sementara (PPS) tetap untuk mengurangkan kebergantungan pada PPS di luar kampung dan meminta kerajaan menaik taraf dewan serba guna di kampung itu agar boleh digunakan sebagai tempat perlindungan mangsa banjir.
#OhmediaNasihat
Pengalaman lepas membuatkan kita lebih bersedia menghadapi bencana alam seperti banjir.
Apa-apa pun tindakan penduduk Kampung Pasir Era ini patut dijadikan contoh kerana mementingkan keselamatan keluarga dan komuniti.
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM