Connect with us

Oh! Media

Trending

Pendedahan Terbaru Mengenai Kes Ebit Lew, Sampai Tak Berbaju?

Ebit Lew didakwa membuat panggilan video dalam keadaan tidak berbaju kepada seorang wanita berusia 40-an yang juga merupakan seorang saksi. Padahal kali pertama video call tu.

BACAKata-Kata Ebit Lew Menerusi Hantaran Terbaru Undang Perhatian Netizen

IKLAN

Menurut laporan mStar, hal itu terjadi selepas hampir tiga minggu mereka berkomunikasi melalui mesej di WhatsApp, panggilan telefon dan perkara ini diberitahu saksi itu sendiri di Mahkamah Majistret di Tenom ketika perbicaraan berlangsung.

Sebelum itu, pengadu atau saksi kesembilan pendakwaan kes itu juga ada memberitahu Ebit Lew telah menghantar mesej dan menghubunginya sehari selepas nombor telefonnya diberi menerusi Instagram pada 3 Mac 2021.

Panggilan yang berlangsung lebih kurang 4 minit 51 saat itu buatkan dia mengecam suara pendakwah itu. Maklumlah, suara Ebit kan selalu kita dengar menerusi ceramah-ceramahnya, dalam media sosial dan banyak lagi.

Sejak daripada itu Ebit dikatakan kerap hantar mesej dan buat panggilan telefon. Bukan tu jer, makin hari pendakwah itu makin berani menulis perkara yang berkaitan seksual sehingga 29 Mac 2021.

Pada 22 Mac 2021, Ebit dikatakan mahu membuat panggilan video kepada pengadu tapi wanita itu menolak panggilan itu.

Dia terus buat panggilan video call, saya terus off. Dalam teks (Whatsapp) itu dia tanya kenapa off (telefon), tak aci.

Seingat saya masa itulah dia (Ebit Lew) buat panggilan video call dalam keadaan tidak berbaju.

Pada prosiding Isnin, pendakwaan juga mengemukakan kepada mahkamah Digital Forensic Case Report oleh Cyber Security Malaysia yang mengandungi mesej perbualan antara saksi dan Ebit Lew.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan, termasuk mengaibkan saksi dengan menghantar kata-kata dan gambar lucah kepada wanita itu di Whatsapp dari Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada Selasa.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas