Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Cerita Detik Selamatkan Dua Nyawa Kereta Terbabas Masuk Tali Air

Lemas

Trending

Lelaki Ini Cerita Detik Selamatkan Dua Nyawa Kereta Terbabas Masuk Tali Air

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui lemas selepas kereta yang dipandu ibunya terbabas ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, Pasir Salak, Perak semalam.

Dilaporkan kereta gagal dikawal ketika melalui selekoh yang ada takungan air menyebabkan kenderaan menjunam masuk ke tali air.

Kereta terbabas masuk tali air

Air 1647517406
Foto Harian MetroIhsan Bomba

Memetik laporan Harian Metro, si ibu sempat buka cermin kereta dan menarik anak perempuan berusia empat tahun keluar sebelum diselamatkan orang awam.

IKLAN

Tetapi si ibu tidak sempat menyelamatkan anak lelaki yang duduk di tempat duduk belakang kerana kenderaan semakin tenggelam ditambah keadaan hujan lebat dan paras air dalam.

Selamatkan ibu dan anak empat tahun

Di TikTok, viral video memaparkan seorang pemuda menceritakan pengalamannya ketika menyelamatkan dua beranak itu (si ibu dan anak perempuan).

@princessjagung Reply to @mummyamin8 ♬ original sound – PrincessJagung

Dia yang kebetulan lalu di tempat kejadian nekad terjun ke dalam tali air selepas melihat dua beranak itu terkapai-kapai.

Selepas menyelamatkan mereka, dia terjun semula ke dalam air untuk menyelamatkan seorang lagi mangsa namun gagal kerana kereta sudah tenggelam dan keadaan air keruh sehingga tak nampak apa-apa.

Orang yang baik, berani

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian pemuda ini terjun ke dalam air menyelamatkan mangsa pada ketika itu.

Whatsapp image 2022 03 18 at 41220 pm
Whatsapp image 2022 03 18 at 41242 pm
Whatsapp image 2022 03 18 at 41258 pm

Salam takziah dan al-fatihah buat adik Muhamad Harith Sulayman Mohd Hanis. Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Kredit: TikTok @princessjagung | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas