Connect with us

Oh! Media

“Semoga cepat bernikah sama Ariel” – Netizen

08a733ce 9e5e 4e2b b672 67eea0bdce45

Oh! Artis

“Semoga cepat bernikah sama Ariel” – Netizen

Bahaya la zaman sekarang ni, sebelum nak post apa-apa dekat sosial media memang kena fikir dua tiga kali dulu sebelum post, lagi-lagi artis. Silap caption je memang habis, nanti timbul la gosip-gosip baru.

Berapa hari lalu Bunga Citra Lestari ada berkongsi posting di Instagramnya bekenaan dia telah dicalon dalam satu Anugerah Muzik tapi, lain pula jadinya.

Imagepng

Pada awalnya, Bunga hanya ingin berkongsi rasa bahagia apabila lagu Menghapus Jejakmu nyanyianya bersama Ariel Noah telah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020, tetapi perkongsian itu telah disalahertikan oleh pengikut-pengikutnya di Instagram apabila ramai rupanya yang mahu menjodohkan Bunga bersama bekas kekasih Luna Maya itu.

IKLAN

Bunga atau BCL ada meluahkan kegembiraannya, kerana tak disangka apabila karya hasil kerja kerasnya itu dicalonkan dalam kategori Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020. 

Image 1png

Belasan tahun di industri muzik, ini adalah kali pertama aku mula memberanikan diri bertindak menjadi produser bersama Ariel Noah. Dan, gembira sekali rasanya ketika tahu kalau lagu ini dicalonkan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020. – Tulisnya di Instagram.

Selain menerima ucapan tahniah, tak disangka Bunga juga turut dibanjiri ribuan komen yang mahu isteri Allahyarham pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair itu disatukan dengan Ariel sebagai pasangan.

Cocok. Semoga cepat bernikah sama Ariel. – Antara komen yang ditulis netizen di ruangan komen. 

Cocok kalau jadi suami isteri. – Antara komen yang lain. 

Sebagai peminat, doa je la yang baik-baik. Soal jodoh pertemuan ni siapa la kita untuk tentukan, ye dak?

Kredit: Harian Metro

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas