Connect with us

Oh! Media

Disyaki Bersekedudukan Dengan Janda Anak 1, Pembuang Saka Terkenal Disiasat

Trending

Disyaki Bersekedudukan Dengan Janda Anak 1, Pembuang Saka Terkenal Disiasat

Seorang warga emas berumur 60-an yang merupakan pengasas pusat perubatan jarak jauh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat.

ADVERTISEMENT

BACA: Kantoi Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Duda Maut Jatuh Tingkat 4

Memetik laporan Kosmo!, Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat memaklumkan serbuan dibuat anggota di sebuah rumah teres di Masjid Tanah kira-kira jam 11.30 malam selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Kita dapati dia telah bersekedudukan dengan seorang janda anak seorang berusia 40-an yang didakwanya telah dinikahi sejak 2012, namun mereka gagal mengemukakan dokuman sah pernikahan itu.

Pasangan itu mengaku telah berkahwin tetapi gagal menunjukkan dokumen perkahwinan yang sah ketika diminta anggota.

Hasil siasatan mendapati warga emas itu merupakan pengasas pusat perubatan dari negara jiran yang turut terkenal dengan perkhidmatan membuang saka.

Sementara itu, Pihak JAIM dilaporkan sedang menunggu keputusan terakhir daripada pihak Jawatankuasa Fatwa mengenai kaedah rawatan lelaki itu. Jika disahkan bertentangan dengan ajaran agama, perbuatan itu akan ditegah.

Warga emas tersebut disiasat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas