Connect with us

Oh! Media

Pembonceng Tercampak Atas Bonet Kereta Gara-Gara Kejar Pakwe Curang

Trending

Pembonceng Tercampak Atas Bonet Kereta Gara-Gara Kejar Pakwe Curang

Kecoh di Facebook video menunjukkan kemalangan di lampu isyarat membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!

Kemalangan di simpang lampu isyarat Jalan Sempadan, Parit Buntar Perak itu dipercayai berpunca daripada motosikal yang melanggar lampu isyarat merah untuk mengejar sebuah kenderaan lain.

Mahu kejar pakwe curang?

Dipercayai kerana mahu kejar pakwe curang, tak pasal-pasal terlibat kemalangan pulak. Menerusi Sinar Harian, penunggang motosikal dan pemboncengnya dilaporkan selamat dan hanya cedera ringan.

Rakaman dashcam menunjukkan motosikal yang ditunggang melanggar bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggangnya jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Video tular

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.

Manakala, motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.

Kredit: Sinar Harian | FB I Am Parit Buntar via Syahir Yusof

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas