Trending

Pemandu Selamba Bukak Pintu Kereta Sehingga ‘Rider’ Jatuh Motosikal Teruk Dikecam Netizen

Published on

Penunggang motosikal sememangnya memerlukan kepekaan yang tinggi semasa menggunakan jalan raya kerana lebih terdedah kepada bahaya berbanding mereka yang memandu kereta.

BACA : Rider Ronda Taman Konon Nak Jual Kuih, Akhirnya Kantoi ‘Curi’ Parcel

Akan tetapi malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan betapa berhati-hatinya seseorang individu itu.

Itulah yang boleh dikaitkan dengan nasib seorang ‘rider’ servis penghantaran makanan apabila dia terlibat kemalangan kerana kecuaian orang lain.

Dalam rakaman kamera litar tertutup  (CCTV) yang dimuat naik di Facebook, video memaparkan seorang pemandu Perodua Axia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

Akan tetapi, selepas kenderaan diberhentikan, pemandu yang tidak peka dengan keadaan sekitar tiba-tiba membuka pintu keretanya membuatkan seorang penunggang yang lalu berdekatan terjatuh di tempat kejadian.

Selain itu, dapat juga dilihat ramai orang yang datang berkumpul di tempat kejadian bagi membantu mangsa berkenaan.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan pemandu tersebut yang tidak berhati-hati dan tidak peka dengan keadaan sekeliling serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kredit: Sukan Star TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version