Connect with us

Oh! Media

Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Akhirnya Cerita Kronologi Dan Tampil Mohon Maaf

Copy of Untitled Design   2

Trending

Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Akhirnya Cerita Kronologi Dan Tampil Mohon Maaf

Pemandu lori yang langgar anak gajah baru-baru ini tampil bersuara dan memohon maaf atas apa yang berlaku ketika insiden terlanggar anak gajah pada awal pagi baru-baru ini.

Menerusi Tiktok, beliau menjelaskan bahawa ketika kejadian jam 2 pagi itu, dia sedang mengambil alih tugas memandu dari rakannya dan melalui kawasan berbukit yang berkabus.

Saya dah nampak seekor gajah besar di kanan jalan. Saya dah perlahan dan turunkan lampu tinggi. Gajah tu nampak tenang.

Namun, situasi berubah sekelip mata apabila seekor anak gajah tiba-tiba meluru keluar dari kiri jalan, mengejutkan pemandu itu dan menyebabkan pelanggaran berlaku.

IKLAN

Pemandu cuba elak, tapi kemalangan tak dapat dihindari

Pemandu Lori Gajah

Menurut pemandu lori berkenaan, dia cuba memusingkan stereng ke kanan untuk mengelak, tetapi jarak terlalu dekat dan insiden tetap berlaku.

Anak gajah tu keluar melulu… saya sempat sebut nama Allah saja. Saya cuba elak, tapi tetap terkena.

Beliau turut berkongsi bahawa lori mengalami kerosakan serius selepas pelanggaran, termasuk masalah brek dan gear.

Trauma dan bingung, kali pertama hadapi situasi seperti ini

Img 4954

Pengalaman itu jelas memberi kesan mendalam kepadanya, apatah lagi ini kali pertama beliau berdepan insiden melibatkan haiwan liar.

Saya gelisah, takut dan bingung… ini pertama kali dalam hidup.

Pemandu tersebut juga menyatakan rasa sedih dan kesal atas kejadian yang tidak disengajakan itu, dan mengakui bahawa ia pengalaman paling mencemaskan sepanjang bergelar pemandu lori.

Pssttt! Hidupan liar juga berhak hidup aman. Sama-sama kita berhati-hati ketika memandu di kawasan habitat mereka, lebih-lebih lagi waktu malam dan awal pagi.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas