Trending

Pemain Bola Sepak Didakwa Hidup Dengan Duit Perempuan, ‘Playboy’ Tapi Hutang Sana Sini?

Published on

Tular di aplikasi X, pendedahan seorang wanita mengenai pemain bola sepak yang didakwa menggunakan wanita untuk kesenangan diri sendiri.

BACA: “Daripada Main Perempuan, Baik Nikah” – ‘Raja Playboy’ Kahwin 87 Kali Hanya Bermodalkan Ayat Manis

Pengguna X itu mendakwa pemain dari kelab bola sepak popular ini akan mereka-reka cerita sedih kononnya tiada duit untuk mengisi petrol dan pelbagai lagi alasan lain.

Dakwanya lagi, pemain bola sepak ini mempunyai 5 ke 6 teman wanita dalam satu masa. Wang yang dipinjam akan digunakan untuk ‘belanja’ teman wanita yang lain.

Pengguna X itu mempersoalkan adakah pemain bola sepak tersebut tidak malu hidup dengan duit perempuan. Malah, dia melabel pemain bola sepak berkenaan ‘playboy’ tak berduit.

Difahamkan mangsa sebenar tidak mahu identitinya diketahui pemain bola sepak berkenaan. Mangsa juga dikatakan bersedia menyerahkan semua bukti transaksi jika diperlukan.

Kata pengguna X ini, dia tidak berniat untuk menjatuhkan karier pemain bola sepak berkenaan. Dia cuma mahu memberi peringatan kepada wanita di luar sana yang mungkin menjadi mangsa seterusnya.

Dia juga mahu pemain bola sepak berkenaan bertanggungjawab dengan membayar semula wang yang telah dipinjam daripada mangsa.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version