
Trending
Pelawak Selamba Buat Lawak Lucah Ketika ‘Live’ Teruk Dikecam Netizen
Oleh
Terdapat satu perkongsian yang tular di Twitter menunjukkan sekumpulan Tiktokers dan juga pelawak didakwa buat lawak lucah dan ‘double meaning’ ketika sesi ‘live’ di Tiktok.
Apa yang membimbangkan, ramai pengikut pelawak-pelawak yang melakukan perkara itu adalah remaja dan budak-budak yang masih bersekolah lagi. Rosak rosak!
Kalau korang tengok video tu, ada 6 orang yang melakukan ‘role play’ yang melibatkan seorang wanita menjadi guru yang berasal dari Thailand dan 5 lelaki lagi adalah anak muridnya.
Ni kalau aku tegur ni mesti teruk kena bash dengan fans diorang ni.
— Cikgu Anep (@Anepppppppppp) January 31, 2023
Tapi tulah. Tak tahu nak cakap macam mana.
Tapi video macam ni sebenarnya tak kelakarpun. Jumudkan aku? Tak sportingkan?
Tapi entahlah. Followers diorang ni ramai je budak sekolah. Kesan dia besar sebenarnya. pic.twitter.com/0pNkjUwF8n
Kesemua lelaki itu seolah ‘mempermainkan’ cikgu berkenaan dengan tindakan menjatuhkan alat tulis secara tiba-tiba dan menyebut perkataan ‘how much’ berulang kali, di mana ia melambangkan isyarat lucah dan tidak baik.
Perkongsian yang menjadi tular itu kemudiannya mencetuskan pelbagai respon di mana rata-rata netizen mengecam pensohor-pensohor terbabit.
Kata netizen, kandungan seperti itu tidak sesuai ditayangkan kerana ramai pengikut mereka adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja. Apa pandangan korang?
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
