Connect with us

Oh! Media

Pelanggan Tak Sengaja Patahkan Sofa Kedai, ‘Owner’ Siap Buat Report Polis Minta Ganti Rugi

sofa patah

Trending

Pelanggan Tak Sengaja Patahkan Sofa Kedai, ‘Owner’ Siap Buat Report Polis Minta Ganti Rugi

Di TikTok, seorang individu menceritakan pengalaman berurusan dengan pihak polis hanya kerana terpatahkan sofa di sebuah kedai.

ADVERTISEMENT

BACA: Mahkamah Arah Syarikat Penyelenggara Jalan Bayar Ganti Rugi RM721,000 Kepada Mangsa

Menurut pengguna TikTok @syakirbelon4.0, pada waktu kejadian dia menemani rakannya membeli belah di Central i-City.

Sementara menunggu, rakannya meminta dia duduk di atas sofa yang disediakan di kedai terbabit. Baru je duduk sikit, kaki sofa patah dan dia terjatuh.

Paling mengejutkan apabila tauke kedai meminta dia membayar ganti rugi dengan membeli sofa baru. Rakannya mempersoalkan tindakan tauke kedai kerana kaki sofa berkenaan didapati sudah longgar.

Tidak berpuas hati pelanggan enggan membayar, tauke kedai berbangsa Cina itu membuat laporan ke balai polis. Namun, pihak polis menegaskan pelanggan tidak bersalah kerana sofa disediakan memang untuk duduk.

Sebaliknya, pelanggan yang boleh menfailkan saman dan menuntut ganti rugi kerana kedai menyediakan tempat duduk yang tidak selamat.

Tauke kedai bagaimanapun tidak dapat menerima penjelasan itu dan mengamuk di balai polis berkenaan. Dia kemudian ke balai polis yang lain membuat laporan untuk menuntut ganti rugi.

Tetapi jawapan yang diterimanya oleh anggota polis bertugas tetap sama menyebabkan tauke kedai marah kemudian beredar.

Kredit: TikTok @syakirbelon4.0

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas