Connect with us

Oh! Media

Pelajar Dikecam Malu Ada Ayah Jadi Punca Tak Bantu Jatuh Motor, Rupanya Ada Masalah Lembam

masalah lembam

Trending

Pelajar Dikecam Malu Ada Ayah Jadi Punca Tak Bantu Jatuh Motor, Rupanya Ada Masalah Lembam

Janganlah terlalu bernafsu mengecam dan menghina orang lain tanpa usul periksa. Itulah apa yang berlaku ke atas seorang pelajar sekolah perempuan yang dilihat tidak membantu bapanya ketika jatuh dari motorsikal.

ADVERTISEMENT

Video kejadian ini disebarkan di Instagram @penangkini dan caption yang diletakkan mereka membuatkan ramai orang salah faham.

Dik, jangan pernah malu sapa pun ayah kita. Hakikaynya bahagia pi sekolah ayah hantar dengan motor kapcai.

Tapi perasaan tu semua akan datang bila ayah takda dik. Kau akan laluinya nanti. Hargailah ayah. – Tulis penangkini.

Kenyataan di atas membuatkan orang ramai mengecam tindakan pelajar terbabit dan akhirnya semua menyesal sebaik sahaja tahu kenyataan sebenar.

Delete video tu dan minta maaf pada keluarga

Orang ramai yang mengecam ternyata rasa serba salah selepas mendengar penjelasan dari wakil pihak sekolah di mana pelajar terbabit adalah seorang yang lembam dan lambat bertindak balas.

Mereka juga meminta individu yang pada mulanya menyebarkan di TikTok untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga terbabit.

Pelajar kita ini lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun.

Kasihan pelajar ini. Semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebarkan tanpa mengetahui kebenaran.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas