Connect with us

Oh! Media

Pelajar ACCA Berbakat Maut Dirempuh, Pemandu Alza ‘Makan Jalan’ Dibebaskan Dengan Jaminan

Ohmedia om Featured New 1200x675 17

Trending

Pelajar ACCA Berbakat Maut Dirempuh, Pemandu Alza ‘Makan Jalan’ Dibebaskan Dengan Jaminan

Dalam perkembangan terkini, pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang pada Ahad dibebaskan dengan jaminan.

Memetik laporan Harian Metro, pemandu berusia 27 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing menunjukkan negatif dadah.

Pemandu dibebaskan dengan jaminan

Kemalangan

Manakala, semakan rekod jenayah mendapati pemandu tersebut tidak mempunyai rekod lampau. Kini, kenderaan yang terbabit kemalangan telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

IKLAN

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan sebuah Perodua Alza yang memasuki laluan bertentangan merempuh beberapa buah motosikal.

Al-fatihah kepada mangsa

Kemalangan menyayat hati menyebabkan seorang pelajar cemerlang, Aysar Zahran Saiful Alimin maut. Mangsa merupakan pelajar cemerlang dan pernah meraih tempat kedua dunia dalam peperiksaan Foundation in Accountancy (FIA) oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Dilaporkan, Aysar Zahran merupakan penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA Education Group.

Ohmedia om Featured New 1200x675 17

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas