
Trending
Peguam Pertahankan Guru Dalam Isu Kontroversi, Saksi Kata Tak Dengar Pun Cikgu ‘Boo’
Baru-baru ini, tular di TikTok perkongsian seorang ibu mendakwa cikgu biadap dan bersikap sambil lewa ketika anaknya didapati hilang di sekolah.
Insiden ini menjadi kecoh sehingga guru yang tidak berkaitan menerima penghinaan.
BACA: Ibu Panik Anak Tidak Dijumpai Di Sekolah, Cikgu Pula Didakwa Ambil Lewa Dan Biadab?
Terbaru, peguam dikenali Mahmud Jumaat tampil menegaskan keadilan harus ditegakkan dan orang ramai berhak mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak.
“Saya pasti akan bersama dengan guru!’ – Mahmud Jumaat
Dalam kenyataannya, Mahmud menegaskan bahawa beliau telah mengumpulkan bukti dan meminta agar tiada pihak yang memadamkan sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut.
Saya pasti akan bersama dengan side guru! Saya dah kumpul bukti. Jangan delete ya.
Beliau juga menyeru saksi-saksi yang melihat kejadian untuk tampil memberikan maklumat dan berhubung dengannya atau dengan Cikgu Mohd Fadli Salleh bagi memastikan kebenaran terbukti.
Saksi dakwa ibu murid bertindak kasar

Dalam ruangan komen, seorang individu bernama messy mendakwa dirinya berada di lokasi kejadian dan berkongsi situasi sebenar.
Menurutnya, ibu murid terbabit didakwa bertindak kasar terhadap guru yang cuba membantu mencari anaknya.
Saya ada di tempat kejadian, ibunya cemas dan tanya cikgu ‘cikgu mana anak saya Haila Amani?’ Pastu cikgu tanya ‘anak puan yang mana satu ye?’ pastu si ibu ni pergi tengking cikgu.
Beliau turut menambah bahawa guru tersebut sebenarnya cuba menenangkan situasi dan membantu mencari anak murid berkenaan.
Apabila anaknya sudah ditemui, semua guru dikatakan menyatakan kelegaan tanpa sebarang isu lain berlaku.
Lepas tu cikgu try tenangkan ibu dan bantu cari anaknya, bila dah jumpa semua cikgu kecoh ‘dah jumpa dah jumpa’ takde pun saya dengar boo tu.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Mahmud Jumaat
