Oh! Tidak
Peguam Keluarga Zara Qairina Terpaksa Tahan Diri
Peguam ibu Zara Qairina elak ulas laporan bedah siasat sebelum hospital keluarkan laporan rasmi.
Kalau sebelum ni isu kematian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir jadi tumpuan ramai, kali ini peguam yang mewakili ibunya, Noraidah Lamat, memilih untuk berdiam diri.
Alasannya? Mereka tak nak sebarang kenyataan awal bercanggah dengan laporan rasmi yang bakal dikeluarkan pihak hospital.
Elak salah tafsir sebelum laporan rasmi…
Dalam kenyataan bersama, peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi menjelaskan, mereka diberitahu tentang kecederaan pada tubuh Zara Qairina ketika proses bedah siasat berlangsung.
Demi mengelakkan berlaku percanggahan di antara laporan lisan bedah siasat yang dimaklumkan kepada kami dan ibu Zara Qairina selepas tamatnya bedah siasat pada Ahad lalu dengan laporan rasmi bedah siasat yang akan dikeluarkan oleh pihak hospital.
Kami menahan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan laporan bedah siasat itu.- Katanya.
Apa yang dimaklumkan secara lisan semasa bedah siasat mungkin berbeza dengan hasil laporan bertulis nanti, jadi langkah berdiam diri adalah yang paling selamat buat masa ini.
Peguam Zara Qairina ucap terima kasih kepada semua pihak…
Dalam masa sama, peguam juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan polis menggali semula kubur Zara Qairina bagi tujuan bedah siasat. Mereka turut berterima kasih kepada pihak polis yang mengawal rapi proses tersebut dari awal sampai akhir.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu termasuk wartawan-wartawan media yang berada di tanah perkuburan dan persekitaran HQEI dari pagi hingga ke malam.
Ini bagi menyaksikan proses penggalian kubur, pengkebumian jenazah dan bedah siasat. Sokongan anda semua amat kami hargai.- Katanya lagi.
Pssttt! Kadang-kadang dalam kes sensitif macam ni, diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Biarkan siasatan berjalan dan laporan rasmi keluar dulu, barulah kita boleh tahu kebenaran sebenar tanpa terpengaruh dengan spekulasi.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


