Connect with us

Oh! Media

Pasukan Bomba Bawa Turun Mayat Lelaki Warga Emas Dari Atas Bumbung Rumah

ohmedia mayat

Trending

Pasukan Bomba Bawa Turun Mayat Lelaki Warga Emas Dari Atas Bumbung Rumah

Jumaat lalu, seorang warga emas lelaki dijumpai tidak bernyawa di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sungai Petani, Kedah.

Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 9.48 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan melalui sistem MERS 999 sebelum satu jentera bomba BBP Amanjaya diarahkan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 60 tahun itu berada di atas bumbung sebuah rumah. – Katanya.

Beliau menjelaskan komander operasi untuk mengarahkan anggota untuk menurunkan mayat ke bawah menggunakan tangga.

IKLAN

Mayat warga emas lelaki itu diserahkan kepada polis dan mangsa disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Nasib baik ada orang sedar ada orang kat atas bumbung tu.

Kredit: MStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas