Connect with us

Oh! Media

Parkson Buka Cawangan Kedua Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil, Siap Dapat Anugerah Malaysia Book of Records. Wow!

Parkson baru

Trending

Parkson Buka Cawangan Kedua Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil, Siap Dapat Anugerah Malaysia Book of Records. Wow!

Baru-baru ini gedung membeli-belah terkemuka negara, Parkson telah mengadakan pelancaran rasmi cawangan terbaru mereka di Pavilion Bukit Jalil, yang merupakan cawangan kedua terbesar di Malaysia selepas Parkson Elite di Pavilion Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Apa yang menarik mengenai Parkson ini pastinya anugerah Malaysia Book of Records yang diterima. Hebatlah baru buka terus cipta sejarah!

Untuk pengetahuan korang, Parkson Pavilion Bukit Jalil telah menerima anugerah Highest Skylight Roof in a Department Store, pusat membeli-belah yang mempunyai bumbung tertinggi bagi memberikan pengunjung pengalaman baru menyaksikan keindahan langit dari dalam bangunan.

Parkson ini mempunyai keluasan 233,000 kaki persegi merangkumi aras 2,3 dan 4 di Pavilion Bukit Jalil serta ruangan Skylight Atrium yang berkeluasan 3,000 kaki persegi.

Selain berfungsi sebagai ruangan pameran, promosi dan aktivti lain, Skylight Atrium dibina bagi menarik perhatian pengunjung dengan keindahan struktur Skylight Roof yang mempunyai ketinggian 93.4 kaki atau 28.4 meter.

Rekaan yang seakan bentuk berlian di aras atas bukan saja untuk tujuan estetik tetapi merupakan ciri keselamatan yang membolehkan pengaliran asap efisien jika terjadi perkara tidak diingini.

Pengalaman membeli-belah yang eksklusif

Menarik juga di Parkson Pavilion Bukit Jalil ini ialah, ia mempunyai pick up and drop off point sendiri serta lif khusus untuk akses terus ke Parkson. Kalau korang datang menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau Air Asia Ride korang hanya perlu taip “Parkson Pavilion Bukit Jalil”.

Dengan lebih pilihan 400 jenama antarabangsa dan tempatan, Parkson pastinya pilihan terbaik untuk membeli-belah bersama seisi keluarga. Sempena pembukaan rasmi ni juga, korang boleh menebus pelbagai hadiah eksklusif serta menikmati promosi sempena jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung sehingga 15 Februari ini.

Tapi bukan itu saja tau, korang juga boleh nikmati 2 kad ahli iaitu Kad Parkson dan juga Bonuslink.

“Parkson ialah satu-satunya gedung serbaneka di Malaysia yang menawarkan pelanggan manfaat 2 kad kesetiaan serentak, untuk semua perbelanjaan anda”

“Mana-mana pembeli dengan alamat Malaysia boleh mendaftar untuk Kad Parkson dan Kad BonusLink secara percuma di sini dan mula mengumpul mata ganjaran dan menebus hadiah menarik”, BE Law, Ketua Pegawai Operasi Parkson Malaysia.

Untuk yang mempunyai kad kredit Maybank pula, korang boleh menggunakan Maybank Treat Points secara terus ketika membeli-belah di Parkson.

Jadi tunggu apa lagi, jomlah berbelanja di Parkson. Untuk maklumat lanjut ikut Facebook rasmi di Parkson Malaysia.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas