Connect with us

Oh! Media

Panel Dinding Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh, Ini Penjelasan Rapid Rail!

Lrt Masjid Jamek

Trending

Panel Dinding Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh, Ini Penjelasan Rapid Rail!

Panel dinding di Stesen LRT Masjid Jamek dilaporkan runtuh akibat hujan lebat dan ribut yang melanda ibu negara petang semalam.

Menurut laporan Kosmo, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan struktur binaan stesen tidak mengalami kerosakan besar dan perkara ini disahkan sendiri Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam satu kenyataan.

Tren masih beroperasi seperti biasa

Dedd9376 3bff 492b b636 131b0aa6fd3a

Rapid Rail memaklumkan bahawa perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa, dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan tanpa sebarang gangguan.

IKLAN

Ketika ini, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna.

Satu jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci.

Kawalan keselamatan di Stesen LRT Masjid Jamek diperketatkan

0867e54f fb46 4976 88b9 9ea04ffb88c0

Bagi melancarkan pergerakan penumpang, anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di kawasan stesen.

Rapid Rail turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna dan akan memberikan kemas kini terkini menerusi media sosial Rapid KL.

#ApaKataOhmedia

Pengguna LRT Masjid Jamek dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di kawasan stesen, terutama dalam cuaca buruk. Sentiasa patuhi arahan keselamatan dan ikuti perkembangan terkini daripada Rapid KL untuk sebarang maklumat lanjut!

Lrt Masjid Jamek

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas