Connect with us

Oh! Media

Trending

Pakar Kriminologi Cadang Wujudkan ‘Unit Perisik’ Di Sekolah

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Kes ini bukanlah perkara baharu di negara kita malah ianya menjadi semakin serius dari semasa ke semasa.

BACA: Tular Video Pukul Rakan Macam ‘Punching Bag’, Polis Buka Kertas Siasatan

IKLAN

Dalam membantu mengawal kegiatan ini, Dr Zalmizy Hussin iaitu Pakar Kriminologi, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah mencadangkan agar unit risikan diwujudkan di sekolah dan asrama.

Ini bertujuan untuk memantau pergerakan, tingkah laku dan aktiviti seharian pelajar. Pelajar yang berkelayakan direkrut secara sulit oleh guru disiplin untuk menggalas tugas sebagai perisik sekolah.

Peranan perisik sekolah memainkan peranan mengawasi tingkah laku rakan-rakan mereka supaya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah buli atau menganggotai kumpulan gengster kecil di sekolah.

Jelasnya lagi, iklim sekolah yang positif perlu juga diwujudkan untuk mengelakkan kes buli. Iklim positif menurutnya adalah rasa berada di sekolah, yang boleh timbul daripada sapaan, cara masalah diselesaikan atau bagaimana orang bekerja bersama kita.

Iklim yang positif dikaitkan dengan Ia juga ‘hati dan jiwa’ sekolah, ‘kualiti dan perwatakan’.

Tambahnya lagi, iklim positif di sekolah membentuk suasana yang sihat. Iklim sekolah yang negatif pula dikaitkan dengan kadar buli, tingkah laku agresif, penganiayaan dan perasaan tidak selamat pelajar yang lebih tinggi.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas