Connect with us

Oh! Media

Pakai Nombor ‘Plat Batman’, Seorang Penunggang Motosikal Ditahan

Trending

Pakai Nombor ‘Plat Batman’, Seorang Penunggang Motosikal Ditahan

Sejak akhir-akhir ini, kejadian melibatkan perlumbaan lumba haram dari segi pengunaan motosikal dilihat kerap berlaku sehingga mengganggu ketenteraman awam.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Sempat Selamatkan Beras, Motosikal Seorang Individu Terbakar Undang Simpati Netizen

Kejadian individu yang menunggang motosikal terlalu laju bukan sahaja membahayakan nyawanya malah turut memberikan kesan kepada nyawa orang lain.

Oleh itu, pihak polis telahpun mewujudkan Operasi Samseng bagi menahan individu yang terlibat dalam ‘jenayah jalanan’.

Individu guna nombor ‘plat Batman’ pada motosikal ditahan

Baru-baru ini, seorang lelaki yang telah ditahan dalam Operasi Samseng yang dilakukan di Jalan Persiaran, berdekatan Dataran Nilai, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

Hal itu kerana individu tersebut dipercayai menggunakan nombor pendaftaran berbentuk lambang batman yang sama sekali tiada dalam ketetapan motosikal.

Malah, lelaki berusia 21 tahun itu didapati tidak mempamerkan nombor pendaftaran pada kenderaannya, sebaliknya meletakkan nama pada nombor plat pendaftarannya.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, individu tersebut didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu selain tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Lelaki berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kenderaannya.

Dia ditahan ketika operasi dijalankan membabitkan dua pegawai dan 20 anggota itu memeriksa 129 motosikal dan sebuah kereta.

Sumber: Harian Metro

Selain itu, semasa operasi tersebut yang bermula pukul 12.30 sehingga 3.30 pagi, pelbagai kesalahan yang ditemui termasuklah pengubahsuaian ekzos dan struktur kenderaan.

Menurutnya lagi, sejumlah 106 saman dikeluarkan dan 23 kenderaan disita serta dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai untuk tindakan selanjutnya.

Kata Mohd Fazley, pihaknya akan sentiasa menjalan operasi tersebut dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng jalanan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas