Connect with us

Oh! Media

Pak Cik 62 Tahun Cium Pakaian Dalam Sambil Onani Dah Kena Cekup

Trending

Pak Cik 62 Tahun Cium Pakaian Dalam Sambil Onani Dah Kena Cekup

Viral di media sosial video merakamkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki dipercayai beronani sambil mencium pakaian dalam yang dijemur di ampaian.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Kantoi Beronani Sambil Cium Pakaian Dalam Di Ampaian, Terus Lari Bila Disergah

Kejadian yang berlaku di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu menyebabkan suspek lelaki warga emas berusia 62 tahun ditahan polis.

Warga emas yang tinggal di Puchong, Selangor itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas pihaknya menerima satu aduan mengenai kejadian petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, lelaki terbabit dikatakan mengambil pakaian dalam yang dijemur berhampiran flat, mencium pakaian dalam dan melakukan perbuatan onani.

Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung kes itu. Permohonan reman terhadap suspek juga akan dibuat hari ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas