Connect with us

Oh! Media

Padah Kilang Beroperasi Lebih Masa, Penyelia Dikompaun RM 10,000 Dan Pekerja RM 2,000

Trending

Padah Kilang Beroperasi Lebih Masa, Penyelia Dikompaun RM 10,000 Dan Pekerja RM 2,000

Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, hanya beberapa sektor keperluan sahaja dibenarkan beroperasi dengan memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI). Namun, didapati terdapat sebuah kilang dipercayai telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENT

Sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan,Petaling Jaya didapati telah beroperasi lebih masa dan dikenakan kompaun RM 10,000, semalam, lapor Harian Metro.

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid selaku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, pihak polis membuat pemeriksaan di kilang berkenaan pada jam 10.45 malam dan didapati premis tersebut telah melanggar SOP dengan beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

Kompaun telah dikeluarkan terhadap seorang wanita berusia 41 tahun yang juga merupakan penyelia kilang tersebut

Bukan itu sahaja, lapan pekerjanya antara 18 hingga 69 tahun turut dikompaun RM 2,000 setiap seorang. Semakan mendapati kilang tersebut menggunakan surat kebenaran daripada MITI sebelum 1 Jun lalu.

Sehubungan itu, pihak polis mengingatkan supaya mana-mana pihak pengurusan sektor perindustrian yang dibenarkan beroperasi untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Kredit : Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas