Connect with us

Oh! Media

Padah Jilat Tangan Pekerja Kedai Vape, Tentera Ditahan

askar jilat tangan

Trending

Padah Jilat Tangan Pekerja Kedai Vape, Tentera Ditahan

Tular di laman sosial perlakuan tidak senonoh seorang lelaki memakai pakaian seragam tentera dipercayai mencabul pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang.

ADVERTISEMENT

BACA: Abang ‘Askar’ Cabul Pekerja Wanita Di Kedai Vape Kantoi Dengan CCTV

Terbaru, media melaporkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu telah ditahan polis di sebuah rumah di Taman Setiawangsa tengah malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya.

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

tentera ditahan

Ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan keputusannya adalah negatif dadah.

Semakan mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.

Siasatan lanjut berkenaan kes berkenaan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.

Jelasnya lagi, suspek kini telah ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas