Connect with us

Oh! Media

Orang Sibuk Solat Terawih, Tiga Pelajar Maut Kerana Lumba Haram

Trending

Orang Sibuk Solat Terawih, Tiga Pelajar Maut Kerana Lumba Haram

Sewaktu umat Islam sibuk menunaikan solat terawih di bulan yang mulia ini, terdapat satu kejadian dimana tiga orang pelajar sekolah maut akibat merempit.

ADVERTISEMENT

BACA : Kantoi Buat Maksiat Dalam Kereta Bersama Teman Wanita, Lelaki Rempuh MPV Polis Untuk Larikan Diri

Mneurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di Jalan Kampung Sungai Satan – Jalan Malaysia, Jeli pada jam 9 malam semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan terlibat dalam kemalangan selepas mereka bergesel antara satu sama lain semasa berlumba haram. Walaubagaimanapun, seorang dari rakan mereka terselamat dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Jeli akibat cedera parah. 

Mereka dipercayai berlumba bermula dari arah Kampung Satan menuju ke Jalan Malaysia dengan melalui laluan gelap tanpa lampu jalan.

Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal ditunggang salah seorang mangsa dipercayai bergesel sesama sendiri sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran.

Diharapkan ibubapa diluar sana memantau anak sama sebab takut perkara sebegini berlaku. Apapun, semoga ahli keluarga bagi mereka tabah dengan pemergian insan tersayang. Takziah kami ucapkan..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas