Tiada angin tiada ribut, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengumumkan sudah melangsungkan perkahwinan buat kali kedua menerusi satu hantaran dimuat naiknya di laman Facebook.
Menerusi hantaran tersebut, Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan sudah berumah tangga dengan Yin Shao Loong yang merupakan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute.
Pada petang 5 Ogos, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Untuk info, Nurul Izzah dan suaminya, Yin Shao Loong diijabkabulkan dengan berwalikan bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Wah, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada YB Nurul Izzah Anwar dan suami.