Trending
“No Camera Here”- Pelancong Berang Dilarang Tangkap Gambar Depan KLCC, Dipaksa Guna Servis Jurugambar
Pada
Oleh
Baru-baru ini tular aktiviti sekumpulan jurugambar bebas di Menara Kembar Petronas telah melarang pelancong mengambil gambar di kawasan tersebut dengan menggunakan kamera sendiri.
Terdahulu, pernah tular kes yang sama, namun kali ini kumpulan tersebut semakin berani membalas kritikan netizen.
Ujarnya, pelancong tersebut telah mengganggu rezeki mereka. Difahamkan, kumpulan itu telah mengenakan caj sebanyak RM5 hingga RM10 bagi sekeping gambar.
Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah memaksa pelancong untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Terdapat juga dakwaan mengatakan kumpulan itu terdiri daripada warga asing yang berasal dari Filipina.

Seorang pengunjung, Adib Mazlee telah menceritakan pengalaman rakannya yang melancong di situ. Katanya rakannya itu dilarang mengambil gambar sendiri di kawasan tersebut.
Kawan aku bawa kamera sebab nak ambil gambar member depan KLCC, tapi geng-geng kamera telefon ini datang dan halau. Mereka kata, ‘No camera here’, kena guna servis mereka dulu.
Dia datang sekali empat ke lima orang mengerumuni kawan aku dan suruh berambus sebab dah kacau bisnes diorang. Sampailah polis bantuan datang dan halau geng camera phone tu, sebab itu kawasan umum. Suka hati bapak geng tu nak halau orang lain.
Menjengah ke ruangan komen ramai yang turut merasai pengalaman yang sama.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Intipati berita Penyanyi, Kaka Azraff mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kesal terhadap lelaki yang didakwa...
Spekulasi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sudah berkahwin kembali hangat selepas netizen mengorek foto lama mereka...
BN umum 21 calon PRN Melaka ke-16 dengan lapan muka baharu diketengahkan, manakala beberapa penyandang digugurkan...
PH mempertaruhkan 21 calon daripada PKR, DAP dan Amanah pada PRN Melaka ke-16. Ini senarai penuh...
Intipati berita Bapa kepada usahawan dan penyanyi, Cik B iaitu Mohd Amin Yasin dilaporkan meninggal dunia...