Connect with us

Oh! Media

Imersif

Trending

Nikmati Pengembaraan Penuh Magis! Dua Pameran Imersif Yang Wajib Korang Cuba!

Pernah tak korang bayangkan macam mana rasanya berada dalam sebuah lukisan, cerita, atau mimpi? Bagai hidup di dunia fantasi?  

Ha, tak mustahil! Kita kan dah ada pameran The Immersive Journey! Ala, yang tengah viral dekat media sosial sekarang ni.  

IKLAN

Tapi jap? Apa beza pameran The Immersive Journey ni dengan yang lain? Paling-paling tengok lukisan, ambil gambar, dah balik. Bosan.  

The Immersive Journey, Hidup Bagai Di Kisah Dongeng  

Eh, korang jangan sama kan tau. Pameran The Immersive Journey ni menggabungkan seni, teknologi, dan penceritaan yang mampu mainkan emosi dengan cahaya, bunyi, dan suasana. Memang padu habis! 

Bukan sekadar #instaworthy, tapi pengalaman yang buat korang rasa macam masuk dunia lain. 

Kalau korang kaki seni, minat teknologi, atau nak cari aktiviti rare hujung minggu, pameran immersive kat Malaysia ni memang wajib try! 

2 Pameran Yang Korang Taknak LEPASKAN!  

Le Petit Prince 

Imersif
  • Lokasi: Level 3, Fahrenheit88, Kuala Lumpur
  • Tarikh: 21 Disember, 2024 –  21 Mac, 2025 

Selami perjalanan emosi melalui seni dan falsafah dari pandangan seorang kanak-kanak dan nikmati dunia magis dari planet B612 ke kehidupan nyata. 

Kalau korang pernah baca novel klasik Le Petit Prince karya Antoine de Saint-Exupéry, korang confirm akan teruja dengan pameran ni.

Bayangkan korang boleh explore planet imaginasi si putera kecil ni sendiri tau!  

Imersif
Imersif
Imersif

Amacam, nice ke tidak? Tunggu apa lagi? Jangan dah tamat baru nak pergi tau! Dapatkan tiket di Klook SEKARANG! 

Alice Saves Wonderland 

Imersif
  • Lokasi: The Exchange TRX, Level 2, Kuala Lumpur 
  • Tarikh: 26 Oktober, 2024 – 16 Februari, 2025  

Siapa je tak kenal kisah Alice in Wonderland kan? Tapi kali ni, korang bukan sekadar jadi penonton, korang akan sertai Alice dalam PENGEMBARAAN yang cukup mencabar!

Imersif

Bayangkan, Alice perlukan bantuan korang untuk selamatkan Wonderland daripada kekacauan The Red Queen!

Setiap langkah dalam pameran ni buat akan buatkan korang rasa macam betul-betul ada dalam dunia penuh magis ni.

Korang boleh menerokai sembilan bilik UNIK dengan visual yang berbeza tau! 

Imersif

Dengan gabungan teknologi AR dan seni visual yang memukau, pengalaman korang dalam Alice Saves Wonderland confirm lain daripada yang lain. Memang syok habis!  

Psst! Pastikan korang dapatkan tiket di Klook sebelum 16 Februari ni tau! Dah habis nanti, baru tahu!  

Saat-Saat Akhir Untuk Korang Nikmati Dunia Fantasi Ini 

Sama ada korang nak experienced sendiri pengembaraan Alice di dunia Wonderland, atau merentasi masa dan menerokai planet bersama Putera Kecil, pameran The Immersive Journey yang dibawakan oleh FrameMotion Studios pasti dapat memberikan pengalaman LUAR BIASA! 

Jangan lepaskan peluang untuk melangkah ke dunia fantasi korang sendiri. 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas