Connect with us

Oh! Media

Nikah ‘Online’ Dibenar Untuk Pasangan Yang Daftar Sebelum PKP

Syarat Nikah Online Pkp

Trending

Nikah ‘Online’ Dibenar Untuk Pasangan Yang Daftar Sebelum PKP

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, menerusi laporan Astro Awani menjelaskan pernikahan secara dalam talian hanya dibenarkan bagi pasangan yang mendaftar sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) atau pasangan yang sudah lama menunggu untuk diijab kabul.

Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Foto Astro Awani

Katanya lagi, pasangan yang baru mendaftar dalam tempoh PKP, kebenaran diberi bergantung kepada keperluan dan perbincangan terlebih dahulu.

Kahwin online hanya dibenarkan kepada mereka yang lama mendaftar sebelum PKP.

Yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita lihat kepada kes.

Kalau sekiranya tindakan perlu, akan kita bawa kepada perbincangan untuk dibenarkan.

Beliau berkata lagi, kebenaran perkahwinan secara dalam talian bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

IKLAN
Borang nikah online
Sekadar gambar hiasan

Paling penting ialah kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin online ini dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan yang sangat mendesak.

Pihaknya bimbang ia disalahguna kerana kebenaran hanya diberi kepada kes tertentu atau apabila tempoh PKP berlarutan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas