Connect with us

Oh! Media

Erneelya Elyana

Oh! Artis

“Niat Nak Nasihat Tapi Biadab!”- Erneelya Elyana Pantang Dituduh Cari Simpati

Ketika berikan nasihat atau pun teguran ada adabnya juga. Janganlah kita memberikan nasihat hingga mengaibkan dan gunakanlah bahasa yang betul ketika menegur.

Itulah apa yang dialami penyanyi, Erneelya Elyana Emrizal yang mengakui penat dengan komen-komen negatif dari segelintir netizen. Lebih teruk sampai ada yang tuduh Elyana hanya mencari publisiti murahan dengan sakit yang dialaminya.

IKLAN

Ambil masa lapan tahun sembunyikan sakit dialami

Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit. Sebab tiada guna pun.

Terbaru, Elyana menerima satu lagi komen dari netizen selepas dia berkongsi telah tidur selama 15 jam akibat demam teruk dan hilang selera makan.

Individu itu menasihatkan Elyana untuk menjaga auratnya tetapi ayat yang digunakan dianggap biadab. Disebabkan itu Elyana yang tidak dapat menahan sabar telah menjawab nasihat itu kerana merasakan dirinya sudah terlalu lama dibuli.

Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak kak? Mungkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya sering dihina dan dipijak.

Kita doakan sahaja kebaikan dan kesitahan untuk semua orang. Pengaran di sini, gunalah bahasa yang baik untuk menasihatkan orang lain, selepas itu kita hanya dapat berdoa agar nasihat itu dapat membantu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas