Connect with us

Oh! Media

Netizen ‘Label’ Mira Muka Tembok, Selamba ‘Live’ Macam Tiada Apa Yang Berlaku

Untitled Design   1

Trending

Netizen ‘Label’ Mira Muka Tembok, Selamba ‘Live’ Macam Tiada Apa Yang Berlaku

Sejak namanya hangat menjadi bualan, Mira yang menjalinkan hubungan bersama View Chin dilihat mendiamkan diri daripada media sosial.

Ketika isu tersebut sedang panas, tiada khabar berita didengari daripada Mira malah dia juga tidak memuat naik apa apa hantaran atau story di Instagram.

Namun, sejak beberapa hari lepas Mira aktif semula di platform tersebut apabila dia kini sudah mula kembali ke pejabat untuk bekerja.

IKLAN

Semalam, dia telah memuat naik video menerusi satu hantaran mempamerkan dirinya sedang bekerja membuat siaran langsung menjual produk air fryer.

Mira dilihat masih lincah dan petah bercakap ketika menjadi hos live TikTok serta turut memaklumkan bahawa dia tidak akan berhenti daripada membuat kerja yang disukainya itu.

Gara-gara terpalit kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga majikannya, ramai menantikan perkembangan terbaru Mira selepas apa yang berlaku.

Buktinya, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi banyak respon daripada netizen di mana rata-ratanya mengkritik Mira dan melabelnya tidak tahu malu.

E712dd87 387b 430c 8851 b83c941fd3ca
Ff114250 3fdf 4d0c b68b 23e51a39bcad
42cef1d7 4d4c 467d ba8c 8e328c684853

Ada yang persoal bagaimana dia confident dan tebal muka untuk teruskan kehidupan meskipun selepas perbuatannya bersama View Chin sudah tersebar luas.

Dalam pada itu, sesetengah individu dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Mira dan berharap dia kekal tabah untuk kembali bangkit.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas