Menerusi laporan mStar, peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol memaklumkan wang tunai berada di rumah.
Jadi, pihak peguam memberi kebenaran untuknya menyerahkan bayaran dalam bentuk bank draf dahulu.
Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal.
Difahamkan, sesi lelongan akan dilakukan semula pada minggu hadapan.
Ekoran kejadian itu juga, nama Syazwan Fiesol mula popular di ruangan carian Facebook. Netizen mendakwa lelaki ini merupakan pembantu peribadi kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Ianya berdasarkan ‘bio’ yang ditulis di Facebook milik individu itu. Malah, netizen juga dilihat mula meninggalkan pertanyaan adakah dia individu yang membida harta lelongan Sajat memandangkan nama adalah sama.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh manakah kesahihan dakwaan tersebut. Sama-sama kita nantikan respon daripada tuan punya badan.